web widgets

Wednesday 2 July 2014

Salam Ramadhan 1435H

Assalamualaikum w.b.t  & Selamat Sejahtera To You Olsss...

Salam penuh makna salam penuh keberkatan salam Ramadhan Al Mubarak...

Segala Pujian bagi NYA dan dengan izin NYA jua kita sempat melangkah masuk ke bulan yang paling mulia bulan yang penuh keberkatan iaitu Ramadhan Al Mubarak.. Syukur Alhamdulillah..

Bagaimana persiapan anda semua di bulan Ramadhan ini? Bagi saya segala persiapan dibuat secara ala kadar namun terasa kemeriahan nya.  Selain daripada owner butik, saya juga merupakan pekerja di salah sebuah syarikat swasta di Shah Alam.. Biasalah mmg kelam kabut skt bila tiba waktu petang. Dengan keadaan jem yang mmg arrgghhhh.. jem giller, lepas tu nak ambik anak lagi, nak balik masak.. mmg mencabar sangat2 rasanya kehidupan di bulan mulia ini. Bukan itu je nak pergi office pagi2 pun jem jugak!! aduiiii!! Tapi tak pe.. semua tu dugaan dan cubaan.. yang penting bagaimana kita menguruskan masa kita seharian.  Kerja, kerja juga amal ibadat tak dilupa.. maklumlah bulan ni penuh dengan keberkatan, bulan beribadat, so, rugi pulak kalau kita tak sama2 merebut nya kan??  Mana-mana ada kesempatan kita rebut peluang pahala yang ada...

Persiapan Raya?? Dah beli dah.. heheheh.. bukan ape tak nak bersesak-sesak bila dah last minute nanti.. Baju anak2 yang paling penting... baju kita-kita ni dah tak berapa nak heran.. dah puas raya.. hihihi.. Kuih Raya? pun dah order skt2.. di Office ni pun dah macam astro.. macam2 ada... nak atau tak nak je.. ada dengan tak de je ongkos nya...:)

Cukup setakat ni dulu ya.. Jika ada kesempatan saya akan berceloteh lagi .. penat juga nak celoteh panjang2 di bulan puasa ni..

Saya doakan agar anda semua yang di luar sana mendapat keberkatan sepanjang Bulan Ramadhan ini.. Bersama kita merebut pahala di setiap kesempatan... Semoga Berjumpe Lagi... ;)

No comments:

Post a Comment