web widgets

Sunday 9 March 2014

Pray4MH370


Assalamualaikum w.b.t.
Sayu betul hati ni mengenangkan berita yang menggemparkan seluruh dunia pada tanggal 8/3/2014... Saya terpanggil untuk menulis dan meluah perasaan terhadap tragedi ini.. Sungguh tak keruan sekali hati ini.. Semenjak berita tentang kehilangannya  saya tak bergerak2 dari depan TV especially Astro Awani, TV3 dan RTM.. Walaupun tak de sesiapa ahli keluarga yang berada dalam pesawat tersebut tapi rasa ingin tahu dan keprihatinan terhadap keluarga mangsa tetap menebal.. Tragedi ini benar2 memberi impak yang mendalam terhadap diri saya untuk menginsafi diri sebagai hamba NYA.. Walau hebat mana kita, kita tak mampu melawan ketentuan Allah s.w.t

"Kun Fayakun".. itulah perkataan yang paling tepat sekarang ni... 
ikut secara logiknya.. dengan pesawat yang sangat hebat dilengkapi dengan sistem keselamatan yang paling terbaik dunia dan pilot yang sangat berpengalaman dan juga hebat, namun misteri kehilangannya masih menghantui rakyat dunia ketika ini.. Kita hanya manusia biasa yang tak berupaya melawan kehendak yang maha Esa.. terasa kerdil sangat diri ini apabila mengenangkan kekuasaan Allah s.w.t.. lantas menginsafi diri sendiri..

Adakah ianya terhempas ke bumi Allah ini?... tak ada bukti di darat mahupun di lautan.
Adakah ianya meletup di ruang udara juga milik Allah ini?... juga tak ada penemuan kesan letupan. Jadi??? Adakah Allah telah menaikkan pesawat ke langit yang tidak kita ketahui dan tidak terjangkau oleh pemikiran kita sebagai hambanya? Wallahua'lam..

Dengan bekalan minyak yang tinggal, tidak mungkin pesawat dapat terbang jauh.. dan jika itu berlaku sudah pasti pesawat telah mendarat dengan selamat atau terhempas di mana2 lokasi.. sebab tidak mungkin ianya berada di ruang udara memandangkan telah lebih 48 jam berita kehilangannya.. Dan.. jika terhempas sekalipun sudah pasti pasukan penyelamat dan pencari telah dapat menemui serpihan nya walau sedikit... Atas (udara) tiada, tengah (darat) tiada dan bawah (lautan) pun tiada.. Sehingga kini ia kekal misteri..

Yang pasti incident ini benar2 mengajak kita semua menginsafi diri... tentang Kekuasaan Allah.. mungkin selama ini saya sebagai hambanya juga telah byk leka dan alpa tentang mengingati NYA selalu... 

Walaupun telah masuk hari ke3.. harapan saya masih ada untuk mereka.. Semoga mereka selamat di bawah lindungan Allah dan kejadian ini hanyalah ujian dari Allah untuk kita menginsafi diri.. Semoga semua penumpang balik dengan selamat nya... Amiiinnnn Ya Rabbal A'laminnnn

Tuesday 4 March 2014

CASH REBATE VOUCHER ; Cepat Sebelum Terlambat!!



Anda masih ada ini lagi??? Tak Sempat nak redeem masa hari event PPK1.0 hari tu???

Jgn risau... Redeem cash rebate anda sekarang!! 

Kenapa kena redeem??  Ini sebab nya...




Pilih dan booking mana2 pakej kami dan redeem cash rebate ini serta merta dari harga pakej!

Jom cepat2 call/sms/whatsapp untuk booking tarikh anda dengan kami...

Corat Coret di Pameran Pengantin Klang (PPK) 1.0 - 21,22&23 February 2014 @ Harbour Place Klang, MBO

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca2 blog kami.. Syukur alhamdulillah sehingga hari ini kita masih diberi nikmat kesejahteraan dalam kehidupan dan diberi pinjam oleh Allah SWT nafas utk meneruskan kehidupan...Terima kasih sangat2 kami ucapkan kepada penyokong2 setia kami dan juga warga kerja/team Julia Bridal Gallery @ Butik Pengantin Julia..

Saya selaku founder butik ingin meluahkan rasa terharu yang teramat sangat kerana sehingga ke hari ini kami masih mampu bertahan sebagai sebuah butik yang menjadi pilihan ramai.  Walaupun terlalu banyak persaingan hebat di luar sana dan lebih2 lagi kami adalah sebuah butik kecil2an namun persekitaran yang sihat ini mampu kami harungi dengan tenang demi hari ke hari.. Tqvm kepada bakal2 pengantin yang sudi memberi kepercayaan kepada kami utk merealisasikan hari bersejarah mereka dari sudut manatarias wajah, busana mahupun pelamin2 rekaan terbaru kami. I love all of u sooo muchhh!!

Panjang pulak mukadimah nye dah.. hihihii

Sebenarnya selain menjadikan blog ini sebuah blog andaman yang memberikan info details terhadap servis yang kami tawarkan termasuklah pakej2 perkahwinan, promosi dan paparan rekaan busana terbaru serta makeup2 pengantin.. niat saya dah lama sebenarnya utk menjadikan blog ini agak personal agar dapat mendekatkan Julia Bridal dengan pengunjung2 dan pembaca blog ini.. Biarlah pengunjung dapat mengenali siapa kami dari dekat kan.. Tapi dengan kesempatan masa yang tak berapa nak ada tu yang blog ni nampak "tak hidup" dan saya hanya sempat upload gambar2 pengantin dari minggu ke minggu sahaja.. Walaubagaimanapun azam utk 2014 ini saya akan cuba merealisasikan impian yang tertangguh ini.. heheheh.. jgn ada yang bosan pulak sudah la ye.. hihihi...

Sebagai mukadimah utk episode kali ini.. saya nak berkongsi cerita mengenai Event yang kami join baru2 ini bertempat di Harbour Place MBO Klang iaitu Pameran Pengantin Klang 1.0 yang julung2 kali nya diadakan di daerah Klang ini. Event ini berlangsung dari 21-23 February 2014.. Saya langsung tak menjangka penglibatan Julia Bridal pada awal sebenarnya .. Niat cuma nak try contest makeup.. Tapi tergerak hari pulak nak join booth setelah di beri penjelasan lanjut oleh pihak penganjur DEO Event, En DIDI...  

So.. bermulalah satu episode dan pengalaman baru oleh Julia Bridal yang selama ini mungkin boleh diibaratkan seperti 'katak bawah tempurung'.. Mmg ianya memberikan pengalaman manis dan berharga kepada kami team Julia Bridal sebab dapat menyertai exhibitor2 yang gah dalam bidang masing2... rasa kami ni cuma cencorot yang lalu lalang di kalangan manusia2 gah..

Nak jadi kan cerita... tak sempat pun nak masuk contest makeup apa ntah lagi nak peraga baju butik ke pentas PPK.. Mana taknya pada hari event tu, 21-23 February semua date tu saya ada job mengandam.. Terkejar2 mana nak makeup, mana nak siapkan pengantin, mana lagi nak masuk contest kan... macam nak pengsan makkkkk... balik makeup terus ke booth.. nasib baik team2 Julia Bridal ada sentiasa menanti di booth dari jam 10 pagi hingga 10 malam untuk melayan setiap pertanyaan pelanggan yang datang ke booth.. TQVM buat Aza, Aya, Apit, Amy dan suami tercinta, Yazid atas support anda sepanjang hari event berlangsung. Tqvm juga untuk mak dan abah yang byk memberi sokongan untuk anak mi ini.. Tak lupa juga pada anak2 ibu tersayang, Nur Dina Aleesya & Muhammad Iqram Rayqal.. Mana tau lepas ni boleh joint pameran yang ke 2.0 pulak kan.. hehehheh

Jom layan beberapa keping gambar masa event tu..